Selasa, 15 November 2016







Ucapan Buat Mereka Yang Merindui Islah (Pembaikan)




Sedap madu di dalam halkum,
Madu bergenang rasa tak lalu,
Ucap ku mula Assalamualaikum,
Kepada semua saudara seagamaku,

Ayam jantan bangun pagi, 
Ayam betina bertelur sehari’
Pengucapan di pagi hari ini,
Pembaikan diri tajuk diberi.

Ketahuilah wahai teman,

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan terpilih itu telah memuliakan kita pada saat ini. Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.

Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan  melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Teman yang dikasihi sekalian,

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabat. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah. 

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Teman yang dikasihi sekalian,

Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi.

Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب
‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’

Sahabat yang dikasihi sekalian,

  Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.

  Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.

Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai  persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!

Dan kini wahai teman,

Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya  menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslim?

Kuingatkan diriku jua wahai teman, 

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah! 

Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan memperelok sahsiah diri. Amin…

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,
Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.


Sekian, wassalamualaikum wbt.


Isnin, 14 November 2016

Kita hanya HAMBA


ASSALAMUALAIKUM <3


Tiada kalimah yang lebih agung melainkan  أشهد ان لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله . Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Rasullulah SAW  pesuruh Allah.





Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang
menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu
sekemampuan-Ku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku
kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada-
Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang bisamengampuni dosa kecuali Engkau….lindungi aku ya Allah…aku takut…aku kesal…Ya Allah…kali ini ku betul-betul malu kepada Engkau Ya Allah…..sangat2 malu… aku telah terjatuh dan tunduk kepada nafsu ku sendiri sehinggakan diri ini menjauhkan diri dari Engkau… Ya ALLAH,ampuni dosaku……..

Ya Allah,
sesungguhnya hamba telah zalim kepada diri hamba dngan kezaliman yang banyak dan hanya Engkau yang mengampuni segala dosa. Maka ampunkanlah dosa hamba dengan keampunan di sisi Engkau dan berikanlah rahmat kepada hamba,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Pengasih

WALAU sesibuk mana sekalipun kita di dunia, janganlah lupa untuk turut menyibukkan diri untuk mencari bekalan di akhirat sana…sesungguhnya..dialah maha penerima taubat dan maha penyayang…


# mohon lah keampunan pada Allah..kita hanya hamba yang kerdil, dan xmampu bergerak kecuali dengan kehendakNya, xmampu berfikir kecuali dengan kebenaran…. rendah kanlah dirimu dan selalu bermuhasabah andai diri kita terdapat kesalahan atau dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak..solatlah sunat taubat 2 rakaat..moga-moga kita senantiasa dalam redhaNya..


 Allahurabbi…Allahurabbuna…

Allah… Allah…Allah….

~hidup dan matiku kerana Allah